What's New?

Friday 6 January 2017

Upgrade Agent

Alhamdulillah.
First of all nak ucap syukur sangat2. Terima kasih ya Allah.

Terima kasih jugak pada Leader saya Liza #teamliza sebab prihatin sangat dengan record sale saya.

Al kisah ~

Customer order Magic Sparkling Water (MSW) . Liza Push, suh beli certain amount utk upgrade level jadi agent.

Bergh.. Laen macam sesejak upgrage jadi leader ni. Bahahahaha. Terus market market. Customer order order.

Alhamdulillah. Berjaya capai amount yg melayakkan diri utk upgrade agent. Terima kasih kat si polan sebab always support saya.

Semoga saya dpt terus istiqamah bersama teamliza fight untuk ke level yg lebih baik. Baik di dunia n akhirat. Inshaa Allah.

Uols nak beli product keluaran #rznbeauty meh roger Kak D. Sbb Kak D dah jadi agent. Nak COD area KL pun boleh.

Whatsapp ~ 0132963063

Love,
Martika Diyana

#kakd #msw #rzn #glowing #sparkling #makeuptahanlama #flawless #sprayspray #skincare #miracletouchofbeauty

Sunday 25 December 2016

ODF + BLUSHERINA YES

MAJLIS KAWEN / TUNANG KORANG DAH NAK DEKAT? BELOM JUMPA MUA YANG BERKENAN DI HATI? ATAU SEMUA NAK BUAT SENDIRI LAGI PUAS HATI? MEH SINI...

Korang memang suka ea nak mekap sendiri?  Kalau ada yg nak mekap sendirian berhad, apa kata uols dapatkan set COMBO ODF + BLUSHERINA..

Efek dia memang sangat2 awesome uols.

Boleh try dulu beli n demo sendiri kat lam bilik. Then tunjuk kat family n kawan2 korang. Menjadik ke idok.

Meh pilih2. Tengah dok ada YES ni kan. Ape kate grab je. ��

ODF Medium + Blusherina

               atau

ODF Trial + Blusherina

Whatsapp @ 0132963063

#odf #foundation #blusher #blusherina #trial #setcombo #makeup #sendirianberhad #makeupsendiri #majlisbertandang #majlisbertunang #guarantee #puashati #belumcubabelumtau #teamliza #goodproduct #bestproduct

Monday 14 November 2016

SUPERMOON YEAY!!

ASSALAMUALAIKUM✋�� KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA... JANGAN LUPA 14 NOVEMBER/11 2016... SATU LAGI FENOMENA CIPTAAN ALLAH AKAN BERLAKU... IANYA DIPANGGIL FENOMENA SUPERMOON...............

✔SUPERMOON BERLAKU APABILA KEDUDUKAN BULAN BERADA PALING HAMPIR DENGAN BUMI...���� MEMBUAT KAN BULAN KELIHATAN BERKALI GANDA LEBIH BESAR DARI KEBIASAANNYA,JUGA LEBIH CERAH‼⁉

����JOM RAMAI 2 KITA SAKSIKAN KEBESARAN ILAHI INI...#INGAT‼‼ SEKALI ANDA TERLEPAS MELIHAT NYA,ANDA HANYA PERLU MENAMBAH 18 TAHUN DARI UMUR ANDA SEKARANG JIKA MAHU MELIHAT NYA LAGI����...
✔FENOMENA SUPERMOON DIJANGKA AKAN BERLAKU LAGI ,18 TAHUN AKAN DATANG ����

✔DAN LAGI..SUPERMOON KALI INI ADALAH YG TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA PADA JANGKAAN PARA SAINTIS����...

✔JANGAN KEDEKUT UNTUK FORWARDKAN MAKLUMAT INI... SEKIAN....��

#supermoon #fenomena #ciptaanAllah #subahanallah

Thursday 22 May 2014

Tips : Jaga Buah Pinggang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera.
Ramai yang menghebahkan ayat atau quote yang sangat popluar ini "Mencegah lebih baik daripada merawat". Namun apa yang kita lihat sekarang di sekeliling kita tidak seperti yang sering kita dengar. 
Buah pinggah adalah antara organtubuh badan yang sering diabaikan penjagaannya. Ia juga adalah salah satu organ yang sensitif dan mudah dihidapi penyakit. 
Selain daripada bantuan daripada supplement yang menggalakkan pencegahan penyakit yang bakal hinggap, apakata kita menguatkan lagi pencegahan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Mari kita cegah secara semulajadi dengan mengubah sedikit lifestyle kita ke arah yang lebih baik. ^__^ 


TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG
** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Last but not least, again the popular quote "Mencegah adalah lebih baik dari merawat"
** Admin copy daripada sebuah blog kesihatan, niat nak berkongsi. 
Admin jugak nak la berpesan, pengambilan supplement bukan lah untuk glemer ke trend ke ape. Supplement adalah untuk bantu tubuh badan kita mendapat bekalan antioksidan, vitamin, mengaktifkan collagen dan sebagainya. 
Contoh macam Royal Collagen, Ia bukan la menambah collagen dalam badan anda. Ia sebenarnya mengaktifkan semula pengeluaran collagen semulajadi di dalam tubuh manusia. Jadi, Collagen yang terbaik adalah collagen yang terhasil daripada tubuh badan kita sendiri. Jika anda berasa tanda-tanda penuaan dah mula muncul, contoh seperti lesu, rambut gugur, kulit kusam, cubalah ambil Royal Collagen sebagai langkah permulaan anda mencegah penyakit - penyakit menyerang :)

"LIVE YOUR DREAM"

Friday 4 October 2013

Keajaiban Pada Setiap Kesakitan Di Badan



Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).




a) MATA MENJADI MERAH : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) MATA MENCARI KABUR : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) KELUAR TAHI MATA : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga 
menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) KELUAR AIR MATA : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) KETEGANGAN MATA & KELOPAK : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau 
bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).


a) SELSEMA : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) HIDUNG TERSUMBAT : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) BERSIN ;
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK



a) BATUK KELUAR KAHAK : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) BATUK TANPA KAHAK : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) BATUK DAN BERASA GATAL DI KERONGKONG : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG


a) KERONGKONG KERING. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) SAKIT KERONGKONG. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)




a) BIBIR PUCAT ;
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) BIBIR KERING & PECAH : Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.



                                 
a) LIDAH ATAU GUSI BENGKAK/SAKIT : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) LIDAH, TISU MULUT ATAU GUSI MENJADI PECAH-PECAH (ULSER) : Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) MULUT BERBAU BUSUK : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.


a) TELINGA TERASA TERSUMBAT : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) TELINGA BERDENGUNG : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT BERPELUH




a) PELUH MASIN: Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) PELUH BERBAU : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL 


Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM  


Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR  


Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR 




Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

a) KEPALA : Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

b) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA : Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

c) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA :
i - Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii - Bahagian bawah (tengkuk) : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

d) SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

e) BISUL TERJADI DI KEPALA : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

f) RASA PENING YANG MEMUSING : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH : Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH ;
i - Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii - Darah hitam : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK  


Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT 


Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING
: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran 
b) AIR KENCING BERKAPUR
: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK
: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH
: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR
: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT 
: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH 
i - Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 
ii - Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT 


Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH  


Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT 


Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB 

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. TERLALU SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL 



Sistem penghadaman yang lemah.